Tarbiyah DMPK Puchong

My Photo
Name:
Location: Puchong, SELANGOR, Malaysia

Hidup Hanya Sekali, Biar Mati Di Jalan Allah..

Tuesday, April 7, 2009

USRAH- Ta'rif

PENGERTIAN USRAH

Perkataan USRAH berasal dari kalimah Bahasa `Arab yang bererti keluarga. Penggunaan istilah ini (USRAH), pada umumnya adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan sesama manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku bangsa atau puak.

Dalam kontek Harakah Islamiyyah: “USRAH bererti satu unit keluarga yang diikat oleh kesatuan `Aqidah ( kesatuan keimanan ), kesatuan pemikiran (fikrah), kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk bekerjasama dan bantu-membantu memperkukuhkan jama`ah Islam dari berbagai sudut bagi membolehkan kerja-kerja `amal jama`i dan amal Islami dilaksanakan dengan teratur sehingga tertegaknya Daulah dan Khilafah Islamiyyah.”

Berdasarkan ta`rif di atas dapatlah difahami bahawa USRAH dalam kontek gerakan kita, bukanlah bermakna keluarga dalam pengertian yang sempit dan terbatas kepada ikatan kelompok tertentu. Sebaliknya USRAH yang kita maksudkan adalah keluarga yang diikat dengan ikatan yang lebih kukuh dan lebih khusus.Ikatan yang mengatasi sempadan bangsa dan keturunan. Itulah ikatan `AQIDAH, yang merupakan ikatan yang paling bersih dan paling mulia, kerana `Aqidah inilah yang menjadi kayu ukur bagi menentukan kebenaran sesuatu sistem dan matlamat hidup manusia.

Oleh yang demikian kewujudan setiap unit USRAH dalam jama`ah kita adalah dengan tujuan, cita-cita dan matlamat yang jelas dan terang. Matlamat kita adalah untuk mencapaikan seluruh tujuan keIslaman yang mulia, bagi kemaslahatan dan kebahagian hidup di dunia dan di Akhirat kelak.

Harakah Islamiyyah akan memperolehi keuntungan yang besar jika anggota-anggotanya terdiri dari orang-orang yang mempunyai kefahaman Islam yang baik, memiliki syakhsiyyah yang mulia dan menarik, memahami tata cara bergerak dalam jama`ah Islam, mampu membawa fikrah jama`ah dan yang paling utama ialah berpegang teguh dan beriltizam dengan manhaj pergerakan yang telah diputuskan oleh jama`ah. Memandangkan semua perkara di atas adalah merupakan bekalan dan syarat-syarat yang sangat bermakna kepada jama`ah, maka anggota-anggota jama`ah Islam wajib mengambilnya secara langsung dari pimpinan jama`ah yang bertanggungjawab menyediakannya melalui program-program tarbiyyah jama`ah. Salah satu dari institusi tarbiyyah yang penting ialah USRAH.

TUJUAN USRAH

1. Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah SWT.

2. Membentuk generasi yang benar-benar memahami ISlam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia memperjuangankan agama ALlah.

3. Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

4. Mengiltizamkan anggota dengan akhlak Al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan larangannya.

5. Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian

6. Melatih supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang telah diajar oleh Allah dan Rasul

7. Sentiasa bermulazamah dengan Al-Quran dan Hadith

8. Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan

9. Membentuk peribadi keluarga dam masyarakat Muslim

10. Merapatkan ukhwah dan kasih sayang di kalangan anggota

11. Menghidupkan budaya nasihat menasihati di kalangan anggota

12. Menanamkan semangat cintakan agama Allah

13. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak mengenal erti kecewa.

RUKUN-RUKUN USRAH

Kejayaan dan kerukunan sesebuah keluarga tidak mungkin dapat dicapai melainkan setiap anggotanya memahamidan menghayati segala tuntutan rukun-rukun yang mengikat mereka mengikat mereka sebagai sebuah keluarga.Kejayaan yang dimaksudkan itu adalah sama seperti amal ibadah yang lain, di mana sesutu ibadah itu akan menjadi rosak atrau sia-sia apabila syarat rukunnya tidak dipatuhi atau pun ditinggalkan sama sekali.

Di antara sifat-sifat asasi yang menjadi rukun bagi setiap anggota keluarga ialah mereka mestilah saling kenal-mengenali di antara satu sama lain, saling mengambil berat, saling berkasih sayang, saling lindung-melindungi, saling maaf-memaafkan, saling menjaga rahsia dan a`ib, sama-sama merasai kesenangan dan kegembiraan, sama-sama sanggup menaggung kepayahan dan kesusahan, bertolak ansur serta saling faham-memahami.

Jika rukun-rukun ini dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya nescaya kumpualn USRAH berkenaan menjadi kuat dan kukuh. Ini sudah pasti merupakan satu kejayaan dalam usaha menyediakan satu tapak dari nbatu-bata yanhg paling kuat bagi sebauh jama`ah yang akan berjaya mengharungi medam gerakan, Insya`Allah.

Berikut marilah kita membuat pengamatan terhadap garis panduan dan wasiat dari Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna terhadap anggota-anggota Ikhwannya.

Berkaitan dengan rukun-rukun USRAH yang dimaksudkan Imam Hassan Al-Banna menjelaskan:

Rukun ikatan USRAH ini tiga perkara yang mana saudara hendaklah memelihara serta mengambil berat untuk bersunnguhh-sungguh menjayakannya supaya ikatan USRAH tersebut tidaklah semata-semata menjadi beban yang tidak mempunyai sebaran erti. Tiga rukun tersebut ialah:

1. Berkenalan (التــعـارف)

2. Bersefahaman (التــفــاهم)

3. Berseimbangan (التــكافـــل)

Dalam menerangkan maksud rukun-rukun tersebut Imam Hassan Al-Banna menegaskan:

Pertama: Berkenalan di antara satu sama lain ialajh rukun yang pertama bagi pengertian USRAH. Oleh itu saudara-saudara hendaklah berkenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami pengertian hakikat ukhuwwah (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara sendiri. Saudara-saudara hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun yang boleh mengeruhkan perhubungan ukhuwah itu. Ini boleh saudara-dsaudara lakukan dengan jalan senantiasa menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan Hadith-hadith rasul, bahkan dengan jalan menjadikan firman-firman dan hadith-hadith itu perkara-perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara lainnya.

Allah SWT berfirman:

"إنما المؤمنون اخوة"
Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”
(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)


"واعتصموا بحبل الله جميعا”

Ertinya: “Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.”
(Surah Ali Imran: 103)

Rasulllah Sallahu `alaihi Wassalam juga bersabda:

" المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا"

(رواه البخاري ومسلم)

Ertinya: “Orang mu`min bagi orang mu`min itu laksana satu badan yang Sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulllah Sallahu `alaihi Wassalam juga bersabda:

" مثل المؤمنين قي توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى". )رواه البخاري ومسلم)

Ertiinya: “Perbandingan orang-orang mu`min dalam berkasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Malangnya perintah-perintah Allah dan arahan-arahan Rasul itu, dalam zaman kebelakangan selepas angkatan pertama dari perkembangan Islam dahulu, telah berubah hanya menjadi cakap-cakap kosong di kalangan orang-orang Islam sendiri dan ianya tidak lebih dari angan-angan sahaja. Tetapi walaubagaimanapun bila angkatan kita Ikhwan Al-Muslimin muncul maka barulah sahabat-sahabat sempat membuktikan keagamaan yang kuat erti hakikat perkenalan (Al-Ta`aruf) tadi secara amalan, malah saudara-saudara Ikhwan kita mencuba berkali-kali melaksanakan dasar Ta`ruf di kalangan masyarakat kita; saudara-saudara juga membuktikan keagamaan yang kuat untuk mencantumkan umat kita semula. Umat kita dengan berpandang kepada semangat cinta kepada Allah dalam bentuk “Ukhwah Islamiyyah” (persaudaraan Islam).

Kedua : Bersefahaman (Al-Tafahum) rukun yang kedua bagi peraturan atau susunan USRAH ini, adalah Tafahum atau berkefahaman. Oleh itu hendaklah saudara-saudara selama- lamanya berpegang dengan kebenaran; iaitu dengan jalanmengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah dan menghentikan apa-apa yang dilarangnya, dan saudara-saudara juga hendaklah memeriksa diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada saudara-saudara benar-benar taat pada perintah Allah atau pun terlibat ke dalarn arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri saudara-saudara hendaklah pula nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan sesuatu kecacatan.

Dalam soal nasihat-menasihati ini hendaklah saudara yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup menerima nasihat dari saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan memberi ucapan terima kasih atas nasihatnya itu. Saudara yang memberi nasihat itu pula janganlah berubah hati terhadap saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan perasaan itu sejarak sehelai rambut sekalipun.

Nasihat-nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dengan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihatinya itu. Orang yang memberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan ia hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang-terangan(menyembunyikan) akan kesilapan saudaranya itu kira-kira selama sebulan dengan tidak pun menceritakan segala kecacatan yang telah pun diperhatikannya kepada ketuanya (Naqib Usrah).la hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua Usrah jika ia rasa tidak berdaya memperbaikinya. Dalam apa hal sekalipun, iaitu janganlah sekali-kali ia merasa tawar hati terhadap saudaranya yang "silap" ta.di, malah hendaklah ia tetap memberi kasih-sayang terus-menerus kepadanya sehinggalah Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.

Dalam semua hal seperri yang dibentangkan tadi, saudara yang diberikan nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepala malah janganlah berubah hati walau sejarak rambut sekalipun terhadap saudaranya yang memberi nasihat tadi. Hendaklah difahami bahawa martabat kasih-sayang kerana Allah itu, adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian"kasih-sayang" di kalangan urnat manusia, manakala nasihat itu pula adalah satu-satunya dasar yang amat penting dalam agama Islam.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda: "Ad-DinunNasihah" (Ertinya: Agama itu adalah nasihat). Oleh itu perhatikanlah dalam-dalam mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu. Perhatikanlah dalam-dalam akan pengajaran yang mulia di dalam Hadith Rasul tadi, mudah-mudahan Allahselamatkan saudara-saudara di antara sesama saudara-saudara sendiri, dan semoga Allah memperkukuhkan susunan saudara-saudara dengan berkat taat saudara-saudara kepadanya dan semoga Allah elakkan kita dan saudara-saudara semua daripada tertipu dengan syaitan.

Ketiga: Berseimbangan (Al-Takaful). Berseimbangan (takaful) ialah dasar memelihara kasih sesama sendiri supaya jangan ada yang terbiar atau terlantar. Oleh itu saudara-saudara hendaklah mengambil dasar takaful ini dengan cara-cara yang bersungguh-sungguh untuk bersama-sama menolong memikul beban sesama sendiri. Dasar berseimbangan atau takaful inimerupakan tunjang iman dan INTISARI ukhuwwah sejati.Untuk mengamalkan rukun keseimbangan ini saudara-saudarahendaklah senantiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah-menziarahi, dan berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara satu sama lain sedaya-upaya.Perhatikan sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam'.


“لإن يمشي أحدكم في حاجة أخيه خير له من أن يعتكف في مسجدي هذا شهرا

Ertinya: 'Kalau seseorang dari kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya yang lebih baik baginya daripada ia beri`tikaf selama sebulan di Masjidku ini. "

Dalam sabdanya yang lain Rasulullah berkata:

" من أدخل السرور على أهل بيت من المسلمين لم ير الله له جزاء دون الجنة"

Ertinya: "Barangsiapa memberi kesukaan kepada keluarga sebuah rumah orang muslim, nescaya yang tidak dibalas oleh Allah melainkan dengan Syurga. "

Mudah-mudahan Allah Azz^a Wajjala padukan saudara- saudara sekalian dengan pertolonganNya sendiri, kerana Allah itulah sebaik-baik pengawal dan sebaik-baik penolong.

Monday, March 30, 2009

Wasiat ke-10, uruskan masa dan ringkaskan tugas

Fahri Abdullah al-Masri
Sat | Mar 21, 09 | 11:08:46 pm MYT

"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.

Kepada setiap pendakwah atau seorang Islam yang sejati, masanya sangat penting. Mereka harus waspada selalu dengan penggunaan masa. Masa yang tidak digunakan dengan teliti akan menyebabkan kita akan menyesal tanpa kesudahan.

Ini kerana, masa yang sudah terlepas itu tidak boleh diganti lagi. Pepatah Melayu ada menyatakan, patah tumbuh hilang berganti. Tetapi, bidalan itu merujuk kepada seseorang pemimpin yang telah mati atau barang hilang yang mungkin boleh ditemukan semula atau sesuatu yang hilang dan boleh digantikan semula.

Yang tak boleh digantikan semula ialah waktu, saat, detik, dan masa. Oleh kerana masa ini sangat penting, maka setiap bangsa punya peraturan, falsafah dan pepatah yang lengkap tentang kepenggunaan waktu. Antara bangsa Asia, kita selalu mendengar bahawa bangsa Jepun menghargai waktu.

Bagaimanapun mereka maju di dunia kerana falsafah penggunaan masa itu hanya sekadar untuk memenuhi keperluan di dunia. Sedangkan, Islam menyeru umatnya agar mengguna masanya guna memenuhi keperluan di dunia dan kebutuhan di akhirat.

Pepatah Melayu menyebutkan bahawa masa itu emas. Malah emas, perak dan intan berlian sekali pun belum dapat menandingi harga emas. Kalau emas itu hilang, maka emas itu boleh dicari semula atau pun diganti dengan wang, tanah atau apa-apa pun yang ada harganya. Itulah kayu ukur yang menandakan masa itu sangat berharga.

Iaitu, jika masa telah berlalu, maka tiada suatu kuasa apa pun yang dapat menggantikannya atau mengembalikannya. Tapi, jika emas hilang, nescaya ada seribu satu jalan, kuasa yang dapat berikhtiar menggantikannya.

Waktu tidak boleh dicipta, malah alam ini tercipta oleh peredaran waktu. Tuhan menyebut bahawa alam ini tercipta dalam enam masa. Masa cuma boleh dinamakan, dipenggal, dipecahkan, dipotong sebagai hari, minggu bulan serta dinamakan Ahad, Isnin dan sebagainya. Jika ada keperluan untuk amalan rohani gelap, maka ia dinamakan Keliwon mengikut lidah Jawa.

Masa itu tidak boleh direkabentuk seperti benda-benda yang boleh dipegang. Setiap yang boleh dipegang boleh dipatahkan dengan benda lain. Pokok yang dipatahkan rantingnya boleh tumbuh semula. Kerana itu, manusia boleh berkata, yang patah itu boleh tumbuh dan yang hilang boleh berganti. Ini kerana, patah dan tumbuh itu sifat benda dan bukan sifat masa.

Malah, masa itu boleh mengancam manusia. Saidina Ali berkata, "Masa itu umpama pedang. jika kamu tidak 'memenggalnya', nescaya ia akan 'memenggal' lehermu."

Sebenarnya yang menyebabkan masa itu berharga ialah disebabkan adanya kerja, tugas, amanah yang perlu disiapkan semasa waktu itu sedang berjalan.

Jika bukan kerana itu, maka masa itu tidak berharga. Misalnya, dengan peredaran masa, pokok perlu membesar dan ia dijual dengan masa tertentu. Sebab itulah masa untuk menunggu pokok itu membesar amat berharga.

Dalam hal ini masa disalahgunakan dalam perniagaan yang melibatkan riba. Sekiranya kita tidak dapat melunaskan hutang dalam tempoh waktu tertentu, maka bunga (riba) akan naik. Demikianlah masa disalahgunakan dalam 'industri' riba.

Maka Hasan al-Banna telah memulakan wasiatnya dengan menggunakan ungkapan 'kewajipan kita' yang bermaksud usaha dakwah kepada umat ini. Kewajipan usaha dakwah ini ada pertalian yang amat erat dengan penggunaan waktu.

Masa makin singkat dan suntuk!
Tetapi jumlah usaha dakwah itu terlalu banyak jika dibandingkan dengan jumlah peruntukan waktu yang kita ada. Di dalam peruntukan 24 jam sehari semalam, kita mungkin memerlukan 48 bentuk dan 72 jenis dakwah. Dalam kata lain, kita mungkin perlukan 2 atau 3 kali ganda program dakwah atau lebih daripada itu dalam tempoh 24 jam.

Itu maksud Hasan al-Banna; jumlah usaha dakwah perlu digembeling dalam jumlah waktu yang sungguh singkat. Masa seperti semakin pendek apabila terlalu banyak urusan dakwah yang perlu dibereskan.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Hasan al-Banna, ketika menyusun wasiatnya, beliau mungkin terkesan dengan sabda Rasulullah s.a.w ini. Bilangan manusia yang ingin melakukan perubahan ke arah kebaikan dan islah sangat kurang berbanding manusia jahat yang memperuntuk masa dan hartanya ke arah kemusnahan dunia dan tamadun ini.

Oleh itu bayangkanlah bagaimana keadaannya ketika kerja dakwah makin banyak menimbun ini terpikul atas bahu segelintir pendakwah sahaja yang inginkan kedamaian, kesejahteraan, kebaikan dan ketenangan di dunia dan akhirat.

Bantu manusia menguruskan waktunya
Barangkali.. lantaran terkesan dengan semua inilah, maka Hassan al Banna memulakan usaha dakwah di kedai-kedai makanan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Beliau benar-benar mahukan insan berpeleseran tanpa tujuan ini akhirnya akan faham matlamat hidupnya.

Apabila manusia itu mula faham akan falsafah dan matlamat hidup, maka akan wujud manusia yang akan menggunakan masanya dengan betul, baik dan sempurna.

Manusia yang telah mula dibangunkan kesedarannya ini akan tertanya-tanya pula tentang bagaimana seharusnya mereka mahu memanfaatkan waktunya di dunia ini sementara menunggu waktu di akhirat kelak.

Maka.. di sini Al-Banna menyarankan pendakwah agar membantu mereka yang telah terbuka hatinya untuk memahami bagaimana mereka perlu memanfaatkan waktunya untuk beribadah sementara menunggu waktu dihisab di akhirat kelak.

"Oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan kalau saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian pesan al-Banna lagi.

Orang yang telah dilembutkan hatinya dan dilunakkan jiwanya sentiasa tertanya-tanya mengenai apakah amalan yang harus dilakukan guna mencapai redha ilahi. Soalan semacam ini kerap hinggap di ranting pertanyaan sahabat dan baginda selalu hadir bagi menjawab setiap pertanyaan tersebut.

Ghairahnya para sahabat dalam beramal sehingga mereka kerap bertanya, apakah amalan yang paling baik dan bermacam pula jawapan baginda tergantung kepada keadaan rohani para sahabat itu.

Jika dilihatnya sahabat itu menderhakai ibu bapanya maka baginda bersabda, berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika dilihatnya penyoal itu seorang yang panas baran, maka dia menasihatkan orang itu supaya tidak marah-marah.

Mereka yang mula lunak kepada agama tidak tahu atau terlupa tentang cara-cara menggunakan masa sebagai yang disaran di dalam al-Quran. Mungkin kerana keterbatasan dalam bahasa Arab, mereka tidak faham mesej dalam surah Al-Muzzammil.

[1] Hai orang yang berselimut! [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, kecuali dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Atau pun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil."

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.

Orang yang didakwah atau mereka yang baru dinyalakan pencerahan rohani dalam dirinya, selalu hidup pelbagai ragam persoalan dalam hatinya dan menyalalah pula pelbagai rencam pertanyaan yang berwarna-warni dalam dirinya berhubung langkah-langkah awal menuju ke arah kesempurnaan hidupnya sebagai manusia terbaik.

Jadi, bagaimana mereka harus bermula? Jika ada amalan permulaan, maka apakah amalan permulaan itu?

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada akhirat di tempat terpuji." (Al-Isra': 79)

Adakah insan yang baru merangkak, baru melabuhkan pencarian untuk mendakap pencerahan jiwa serta akal fikirannya dapat menyelami hasrat Tuhan sebagai yang terkandung ayat-ayat al-Qur'an di atas? Mereka perlukan masa untuk dibimbing serta masa perlukan pembimbing yang sabar, teguh hati, kuat pendirian, bijaksana, berhemah tinggi yang kental spiritual.

Ringkaskan amalan untuk membantu saudara lain
Sebab itulah Al-Banna menyarankan anggota Ikhwan Muslimin atau para pendakwah meringkaskan sahaja urusan mereka untuk membantu saudara mereka yang mahu dibangkitkan kesedaran dalam jiwanya.

Bagi Al-Banna, amalan peribadi yang bertujuan menolong keperluan peribadi di akhirat, hanya bermanfaat untuk keperluan mereka sahaja. Sedangkan, usaha mengirim ilmu ke dalam dada manusia yang kosong tanpa dihuni hikmah pengetahuan sangat berguna kepada kedua-dua pihak, sama ada pihak pendakwah dan pihak yang didakwah.

Petunjuk agama menyatakan bahawa, jika ada seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala dengan sebab amalan itu turut mengalir ke dalam 'akaun pahala' kita kelak.

Sebab itu, pendakwah perlu meringkaskan dan menyedikitkan ruang untuk keperluan amalan peribadi supaya lebih banyak ruang dapat dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pengajaran ke atas manusia lain yang dahagakan pengetahuan daripada mereka.

Mereka yang berkhalwat, beruzlah, dan bersuluk tanpa berusaha keras menggerakkan nurani manusia untuk mendapat imbuhan pencerahan rohani daripada Tuhan, tidak termasuk dalam jenis manusia pencerahan.

Al-Banna, Badiuzzaman Said Nursi, dan lain-lainnya adalah ulamak sufi dan bersuluk di 'gua pertapaan' lalu keluar ke lapangan dalam usaha memerangi amalan khurafat dalam pemerintahan manusia mustakbirin sekali gus menyinari mendung awan hitam yang membalut kegelapan hati manusia mustadh'afin.

10:33 p.m, 21 Mac 2009
Sekolah Pemikiran Kg Baru _

Wasiat ke-9 Al-Banna, sebarkanlah salam!

Fahri Abdullah al-Masri
Fri | Mar 20, 09 | 11:51:24 pm MYT

Berkenalanlah dengan saudara yang baru dikenali walaupun tidak meminta untuk berkenalan. Ini kerana asas gerakan dakwah adalah perkenalan dan berkasih-sayang. - Hasan al-Banna.

Gerakan dakwah Ikhwan Muslimin ditandai dengan kekuatan hubungan erat dan rasa persaudaraan sesama mereka. Ikhwan Muslimin tidak berhasrat memanjangkan pertengkaran sesama muslimin. Malah, mereka mahu berusaha keras untuk membendung hal-hal yang boleh merebakkan pertikaian dalam umat Islam. Dan, kalimah salam adalah kunci kepada perpaduan itu.

Pendek kata, hadis Rasulullah s.a.w yang meminta agar ucapan salam itu disebarkan memang dimanfaatkan oleh ahli-ahli ikhwan itu sendiri. Semangat asal dan ruh perpaduan itulah yang sentiasa menjadi ingatan kepada anggota ikhwan.

Pada akhir zaman ini, kita lihat bahawa ada kecenderungan untuk memberikan salam cuma kepada orang yang dikenali saja. Kepada mereka yang tidak dikenali, maka kita abaikan sahaja. Dan, hal inilah yang cuba disampaikan oleh Hasan al-Banna kepada pendokong gerakan Ikhwan Muslimin.

"Rasulullah s.a.w perintahkan kami 7 perkara: "Mengunjungi pesakit, menghantarkan jenazah, menjawab tahmid ke atas orang yang bersin, membantu orang lemah, membantu orang teraniaya, menyebarluaskan salam dan menepati sumpah." - (Hadis riwayat al-Bukhari)

Lihat anjuran agama yang mahukan umatnya menyebarluaskan salam itu. Semua ini tidak lari dan tidak jauh daripada sikap Islam yang mahu menjadi juara kepada perpaduan sejagat dan Islam sebagai faham yang membawa rahmat ke serata alam.

Jika dunia hari ini tidak aman, bererti bukanlah silap Islam. Malah, kesilapan itu berpunca daripada orang Islam yang tidak menyebarluaskan salam dan tidak mengikuti anjuran baginda s.a.w itu dengan bersungguh-sungguh. Islam dan orang Islam itu dua perkara yang berbeza.

Sinar Islam malap oleh sikap Muslimin
Diakui bahawa kelakukan buruk umat Islam menyebabkan Islam itu menjadi buruk gambarannya. Kata Syeikh Muhammad Abduh, "Al-Islam mahjuubun bil Muslimin - (Keindahan) Islam itu terhijab oleh (kelakuan) umat Islam."

Wasiat ke-9 Al-Banna ini tidak lari daripada seruan baginda Rasulullah s.a.w sendiri. Dalam hadis lain disebutkan:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah (amalan) Islam yang terbaik? Nabi berkata: "Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya, hal memberikan salam itu bukanlah satu-satunya cara mengukuhkan perpaduan. Ia perlu disusuli dengan amalan memberikan makanan kepada orang-ramai, menghidupkan amalan baik pada waktu malam dan sebagainya.

Daripada Abdullah bin Salam r.a katanya, Nabi s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makanan, bersolatlah pada waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." - (lmam at-Tirmizi).

Maka, selain menyebarluaskan salam, Islam melihat hal menjawab salam itu juga termasuk dalam perkara yang mesti diberi perhatian yang bersungguh-sungguh oleh umat Islam.

"Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balas penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah selalu menghitung tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nisaa: 86)

'Budaya lepak' secara Islam
Budaya lepak bukan budaya baru. Rasulullah s.a.w tidak suka mereka yang berada di tepian jalanan. Maka, baginda tegah para sahabat membuat pekerjaan yang sia-sia di tepi jalan itu. Tapi jika kita mahu berlepak-lepak juga, hendaklah kita melaksanakan 'hak-hak jalan' itu. Maka, termasuk dalam hak jalan itu ialah menjawab salam!

Dari Abi Sa'id Al-Khudriy r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhilah duduk-duduk di pinggir jalan!" Sahabat berkata, "Ya Rasulullah, kami tidak boleh meninggalkan majlis kami ini dan juga bercakap-cakap dalamnya."

Rasulullah berkata, "Kalau enggan meninggalkannya, maka beri hak jalan itu." Sahabat bertanya, "Apakah hak jalan itu ya Rasulullah?" kata Rasulullah, "Tundukkan pandangan, singkirkan gangguan di jalan, jawablah salam dan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar." (Muttafaq 'alaih).

Maka, perbuatan duduk di tepi jalan atau minum-minum petang di kedai kopi dan berbual-bual itu tergolong dalam istilah budaya lepak dalam masyarakat kita. Maka, hendaklah kita menunaikan hak-hak jalan di tempat kita sedang bersantai itu. Rasulullah cuba mengelakkan kita, tapi jika hendak melakukannya, maka hendaklah menunaikan hak jalan.

Kita lihat, dakwah Hasan al-Banna pun bermula di tempat lepak juga. Seperti yang kita ketahui, Al-Banna pun memulakan dakwah di kedai-kedai makan, kedai kopi, tempat di mana berkembangnya budaya lepak dengan begitu berleluasa. Ceramah dan khutbah di masjid saja tidak cukup menyekat arus kemungkaran dalam masyarakat.

Lebih ramai orang-orang yang memerlukan seruan dakwah, tetapi mereka sukar menuju ke masjid dengan sebab perawakannya yang menyebabkan mereka sendiri sukar menuju ke masjid.

Negara Islam terbina oleh masyarakat Islam bawahan yang perlu diislamkan sepenuhnya. Cabaran hari ini ialah bagaimana mahu mengislamkan orang Islam daripada sudut jiwanya, pemikirannya. Ini kerana, masih ramai orang Islam, tetapi sikap mereka seperti Yahudi, pemikiran mereka bukanlah pemikiran Islam dan akhlak mereka tidak mengikuti saranan nabi.

Sesungguhnya, Islam bermula daripada salah satu 99 nama Allah yang baik, iaitu As-Salaam. Daripada As-Salaam ini maka istilah Islam mendapatkan namanya. Maka, perbuatan menyebarkan salam ke serata alam inilah agenda Islam yang terutama dan Negara Islam terbina daripada masyarakat Islam yang benar-benar Islam.

Kita telah lama berdakwah di dalam Parlimen, mendakwahkan orang-orang atasan. Tapi, orang-orang bawahan tidak terkena tempias angin dakwah kerana dakwah cuma terhad di atas mimbar masjid, di khutbah-khutbah Jumaat dan di Parlimen.

Salam perlu disebarluaskan ke seluruh alam, lorong-lorong kecil, tempat anak-anak muda yang kering jiwanya akibat sudah lama hidup dibelenggu oleh faham kebendaan yang mengasuh mereka mengejar kemewahan.

10:15 p.m, 20 Mac 2009
Sekolah Pemikiran Kg Baru _

Friday, August 29, 2008

Fiqh Amal Islami

MUQADDIMAH

Memahami Islam, perjuangan dan gerak kerjanya adalah suatu perkara yang sangat mustahak bagi setiap orang yang mungkin menceburkan dirinya di dalam perjuangan Islam. Jika tidak, mungkin kegiatan dan tindakannya akan bertentangan dan menyimpang jauh dari kehendak Islam. Akhirnya gerakan menjadi hancur dan para pejuang menjadi mangsa.

Kertas ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan tajuk “kefahaman” agar setiap yang terlibat dapat menilai dan membuat keputusan dan tindakan yang betul selaras dengan kehendak Islam.

MEMAHAMI ISLAM

Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam memahami:

a) Bahawa Islam itu agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia, aqidah dan syariah, agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain perkara supaya selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

b) Ia hendaklah memahami bahawa al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias itu merupakan rujukan bagi orang-orang Islam, pendapat sesiapa jua pun yang bertentangan dengan sumber-sumber tersebut tidak boleh dihormati dan dipatuhi.

c) Oleh itu, pendapat pimpinan yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat sendiri.

d) Perselisihan pendapat dalam masalah furu’ adalah perkara boleh dan tidak dapat dielakkan. Oleh kerana itu, setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah ia menerima pakai mana-mana pendapat alim ulama’ yang mu’tabar dan janganlah dijadikan berlainan pendapat serta pandangan dalam masalah furu’ itu punca pertelingkahan dan perpecahan dikalangan anggota.

e) Setiap anggota hendaklah faham, ia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana ia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah itu dan selama mana ia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar daripada Islam atau ia mengingkari sesuatu yang diketahui secara dharuri atau secara mudah dan tidak payah berfikir di dalam Islam. Seperti ia mengingkari haramnya ‘riba’ atau haramnya ‘arak’ atau ia mengingkari seperti wajibnya menjalankan syariat Islam dalam pemerintahan negara atau selama mana ia tidak melakukan perbuatan yang boleh dita’wilkan kecuali kufur, seperti ia menyembah berhala atau seperti ia menghina kitab suci al-Quran al-Karim.



MEMAHAMI HAKIKAT PERJUANGAN ISLAM

Untuk memahami perjuangan Islam, kita haruslah merujuk kepada kandungan satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Suhain ar-Rumi. Antara isi kandungannya ialah:

menyambung dan tali menali dari segi perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh para anbiya’ dan mursalin, bermula dari perjuangan Nabi Allah Adam a.s sampailah kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang disambung semula secara terus-menerus oelh para sahabat, tabi’in dan orang-orang yang datang selepas mereka hingga ke hari ini dan hari yang akan datang.

2) Perjuangan ini sering bermuwajahah dengan golongan yang berkuasa di dalam masyarakat terutamanya para pemerintah yang tidak berdasarkan kepada Islam dan sekaligus menjadi penghalang kepada kerja-kerja Islam. Hal ini boleh dilihat dengan jelas, bila kita cuba mengingati perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang ditentang oleh Namrud, Nabi Musa a.s ditentang oleh Firaun dan lain-lain. Bukan sahaja ia menjadi penghalang tetapi juga berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan dasar pemerintahannya. Hatta walaupun para pemimpin yang ada itu pergi, namun mereka tetap mahu melihat bahawa dasar pemerintahannya itu terus wujud dan kekal.

3) Untuk menjamin sistem pemerintahan yang mereka anuti itu kekal, bermacam-macam usaha yang mereka lakukan. Antaranya mengadakan pasukan pertahanan yang kuat, pasukan keselamatan yang rapi, sistem pendidikan dan pembelajaran bermatlamat, para petugas dan pegawai yang terlatih kepimpinan masyarakat yang berkeyakinan, sumber ekonomi yang terjamin dan sebagainya.

4) Pertentangan antara pejuang Islam dengan pihak yang berkuasa di dalam sesuatu masyarakat itu bukan disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan peribadi, tetapi merupakan pertembungan aqidah dan dasar. Hal ini jelas, bila kita mengingati kembali perhubungan di antara Nabi Musa a.s dan Firaun, sebelum menjadi Nabi dan selepas ia diutus menjadi Rasul, hubungan di antara Nabi Muhammad SAW dengan para pemimpin masyarakat Quraisy. Sebelum diangkat menjadi Nabi, baginda disanjung tinggi oleh masyarakat Quraisy sehingga baginda digelar ‘Al-Amin’. Hal ini berubah apabila baginda diisytiharkan menajdi Nabi. Gelaran al-Amin itu bertukar menjadi ahli sihir, gila, pendusta dan lain-lain.

Di zaman kini juga, tidak kurang contohnya yang boleh diambil faham oleh para da’i, khususnya di dalam negara kita yang tercinta ini. Terdapat beberapa orang individu yang pernah dikenakan tindakan undang-undang ke atas mereka sewaktu berada di dalam perjuangan Islam atas alasan yang pelbagai tetapi orang yang sama mendapat sanjungan pihak yang berkuasa apabila meninggalkan perjuangan Islam.



MEMAHAMI ISLAM DARI SUDUT GERAK KERJA UNTUK MENEGAKKANNYA

Untuk memahami Islam dari sudut ini pula, kita haruslah memerhatikan beberapa ayat yang antara lainnya seperti firman Allah, maksudnya:

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka; kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu’min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di antara mereka ampunan dan pahala besar”. (al-Fath : 29)

Dari ayat ini, jelas proses perkembangan perjuangan Islam itu. Di mana ia bermula dengan hanya seorang sahaja iaitu Nabi Muhammad SAW. Kemudian ia berkembang daripada seorang kepada seorang yang lain sehingga menjadi suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung lagi oleh para penentangnya. Adapun proses perkembangan dan gerak kerja yang dilakukan oleh baginda boleh kita dapati daripada pemerhatian kita akan ayat-ayat yang berikut:

Firman Allah, maksudnya:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan engkau yang mencipta”. (al Alaq : 1)

Firman Allah, maksudnya:

“Dan berikanlah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”.(as-Syu’ara : 214)

Firman Allah, maksudnya:

“Dialah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka kitab dab hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan”. (al-Jumu’ah : 2)

Firman Allah, maksudnya:

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata”. (al-Kahfi : 28)

Firman Allah, maksudnya:

“Tidakkah engkau melihat kepada mereka yang dikatakan kepada mereka tahanlah tangan-tanganmu dan dirikanlah sembahyang”. (an-Nisa’ : 77)

Firman Allah, maksudnya:

“Maka berterus teranglah dengan apa yang diperintahkan kepada kamu dan janganlah kamu menghiraukan tindakan golongan musyrikin”. (al-Hijr : 94)

Firman Allah, maksudnya:

“Dan siapkanlah untuk mereka kekuatan semampu mungkin”. (al-Anfaal : 60)

Firman Allah, maksudnya:

“Diizinkan bagi mereka berperang (untuk melakukan sesuatu tindak balas) kerana mereka telah di zalimi…”. (al-Hajj : 39)

Firman Allah, maksudnya:

“Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu”. (al-Baqarah : 190)

Memerhatikan ayat-ayat yang diutarakan di atas dengan baik dan memahaminya dengan halus dan lumat, saudara akan bertemu dengan makna dan maksudnya memahami Islam dari sudut gerak kerja untuk menegakkannya. Bertambah terang lagi, apabila saudara membaca dengan teliti keseluruhan yang tersurat dan yang tersirat di dalam perbincangan yang akan datang.



PERINGKAT KERJA YANG DILALUI OLEH JAMA’AH MUSLIMIN

Gerakan Islam hari ini merupakan lanjutan daripada gerakan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, ia mestilah mengambil kira apa yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rasul penamat itu.

Gerakan Islam hari ini, hendaklah melalui tiga marhalah sepertimana yang dilalui oleh pimpinan gerakan Rasulullah SAW iaitu marhalah at-Ta’rif, at-Takwin dan at-Tanfiz wal muwajahah.

Marhalah at-Ta’rif

Marhalah at-Ta’rif merupakan marhalah memperkenalkan Islam dan perjuangan Islam kepada masyarakat umum. Marhalah ini adalah marhalah kesungguhan di dalam menyampaikan da’wah dan memperkenalkan jama’ah kepada umat manusia sepertimana yang difirmankan oleh Allah, menceritakan apa yang diucapkan oleh Nabi Allah Nuh a.s. Firman Allah, maksudnya:

“Berkata Nabi Nuh a.s: “Hai Tuhanku, sesungguhnya aku menyeru kaumku siang dan malam”. (Nuh : 5)

Marhalah ini bertujuan untuk memperkenalkan Islam dan jama’ah kepada masyarakat. Ia boleh dilakukan melalui syarahan-syarahan, ceramah-ceramah, hubungan secara individu, sebaran, forum, kelas-kelas pengajian dan lain-lain.



Marhalah at-Takwin

Marhalah ini ialah merupakan marhalah pembentukan dan pembinaan untuk melahirkan tenaga mahir supaya bekerja di dalam gerakan Islam atau Jama’ah Muslimin.

Marhalah inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT, maksudnya:

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsu dan tingkah lakunya adalah melampaui kebenaran”. (al-Kahfi : 28)

Di dalam ayat ini, Allah mengingatkan baginda supaya sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang Islam (dalam bahasa gerakan; berdamping rapat dengan para anggota), sekalipun mereka miskin. Di dalam surah lain Allah berfirman, maksudnya:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad) yang menjadi sangat keberatan kepadanya sebarang kesusahan (yang ditanggung oleh) kamu yang tamakkan kebaikan bagi kamu dan kepada orang-orang yang beriman pula ia menumpahkan perasaan belas serta kasih sayang”. (at-Taubah : 128)

Ayat-ayat yang kita utarakan di atas, memberi perhatian yang berat kepada orang-orang yang bertanggungjawab di dalam Jama’ah Muslimin supaya bersabar di dalam membentuk dan mendidik anggota-anggotanya.

Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan orang-orang yang bertanggungjawab di dalam gerakan Islam supaya sentiasa memberi perhatian yang tidak putus-putus terhadap anggotanya dan menjaga mereka serta mengambil berat tentang mereka.

Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan pihak yang bertanggungjawab di dalan al-Amal Islami supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dilemparkan kepada mereka oleh orang-orang jahil. Sebagaimana Rasulullah tidak mengendahkan pendustaan dan lontaran batu yang dilakukan oleh orang-orang kafir samada di Mekah mahupun di Tho’if. Baginda menenangkan keluarga Yasir, bersabarlah!” Baginda tidak mengarahkan mereka bertindak balas kerana menunggu izin daripada Allah.



TARBIYYAH DAN KEGIATANNYA

Untuk mencapai tujuan dan matlamat tersebut, maka kegiatan yang hendak dilakukan hendaklah berdasarkan kepada waqi’, kedudukan dan susunan anggota. Sebagaimana yang kita semua arif, bahawa kedudukan anggota kita adalah berperingkat-peringkat seperti berikut:

i) Ta’rif

ii) Takwin

iii) Tanfiz



Peringkat Ta’rif

Tarbiyyah peringkat ta’rif bertujuan untuk memastikan bahawa setiap anggota memahami aqidah dengan betul dan melakukan ibadah yang sah serta memberi wala’ yang sejahtera kepada Jama’ah.

Kerana itu penekanan diberi kepada keilmuan Islam secara senang difahami samada di bidang aqidah, ibadah akhlaq dan lain-lain.

Penekanan juga diberi kepada usaha untuk membiasakan anggota dengan perkara-perkara seperti berikut:

1) menghadiri perhimpunan umum

2) menghadiri perhimpunan khusus

3) mengeluarkan zakat kepada jama’ah

4) membaca Al-Quran

5) sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang sunat di samping yang wajib dan meninggalkan yang makruh dan haram.

Peringkat Takwin

Matlamat tarbiyyah diperingkat ini ialah untuk melahirkan di kalangan pimpinan di marhalah takwin pemuda dan muslimat yang mempunyai sifat-sifat seperti

1) cintakan Allah

2) rahmat sesama mu’min

3) izzah terhadap kafirin

4) berjihad dengan mengorbankan yang murah dan mahal, harta dan nyawa dan memberi wala’ yang tidak berbelah bagi kepada Jama’ah.

Cara-caranya:

- Membiasakan diri supaya beriltizam dengan tuntutan dan keperluan di atas - Membiasakan diri untuk meneruskan pencapaian matlamat - Memberikan taat yang tidak berbelah bagi dalam perkara ma’ruf . Penekanan kepada:

1) Program keselamatan

2) Program amar Ma’ruf dan nahi munkar secara amali

3) Program untuk menarik sasaran ke dalam Jama’ah dengan tidak memilih bulu

4) Program memimpin halawah, perhimpunan, tamrin dan lain-lain

5) Program memimpin usrah dan lain-lain tindakan yang diperlukan oleh Jama’ah

Tanfiz (kepimpinan)

Tarbiyyah diperingkat ini bermatlamat untuk melahirkan di kalangan anggota sifat-sifat seperti:

- Benar

- Amanah

- Menyampaikan

- Cerdik

- Lembut

- Berhati-hati

- Suka berkhidmat

- Pemurah

- Berani dan lain-lain

Cara-caranya:

- Beriltizam dengan Islam zahir dan batin

- Beriltizam dengan pendapat/keputusan majoriti syura berpandukan kaedah yang dipakai oleh Jama’ah

Penekanan kepada dua perkara di atas hendaklah berpandukan kepada undang-undang tertinggi di dalam harakah iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias.

Perlaksanaan

Untuk mencapai tujuan dan matlamat di atas, maka cara-cara berikut hendaklah digunakan:

1. Kuliah/usrah harian, mingguan dan bulanan. Pastikan semua anggota hadir

2. Usrah mingguan atau bulanan Mingguan – peringkat cawangan Bulanan – peringkat takwin / tanfiz

3. Tamrin – bulanan atau tiga bulan sekali Bulanan – peringkat cawangan Tiga bulan sekali – peringkat takwin/ tanfiz

4. Jenis-jenis Tamrin

a) Tamrin Haraki

b) Tamrin Siyyasi

c) Tamrin Thaqafi

d) Tamrin Riadhi

Tamrin Haraki bertujuan untuk:

1. Meyakinkan para anggota tentang harakah – ciri-ciri, matlamat dan cara

2. Penguasaan terhadap anggota dari segi harakah dan penguasaan terhadap masyarakat

3. Penguasaan terhadap harakah – yang merangkumi:

i) Usul dan kaedah yang merangkumi fikrah, keperluan-keperluan, sudut-sudut, sifat- sifat dan tabiat kerja

ii) Keselamatan yang merangkumi cara mengenal kawan dan lawan



Tamrin Siyyasi bertujuan untuk:

1. Memastikan para anggota memahami pergolakan politik negara, antarabangsa – khasnya rantau Asia Tenggara, seterusnya politik Islam dan pendekatan terhadap masalah

2. Memastikan para anggota dapat membuat pengolahan terhadap isu-isu semasa

3. Memastikan para anggota dapat bertindak dengan cekap dalam menghadapi setiap isu



Tamrin Thaqafi bertujuan untuk:

1. Memastikan supaya para anggota memahami dengan baik perkara yang berkaitan dengan Islam

2. Memastikan bahawa para anggota memiliki keperluan asas dari segi ilmu pengetahuan demi untuk menlayakkan mereka meneruskan perjuangan pada masa akan datang



Tamrin Riadhi

Bertujuan untuk memastikan bahawa para anggota sihat tubuh badanm pantas bergerak dan mampu untuk mempertahankan diri ketika perlu.

Pengendalian

Pengendalian tamrin ada hubung kait yang rapat dengan jenis-jenis tamrin dan matlamatnya. Di samping itu, ia pula berkaitan dengan tempat, tajuk, penceramah, keselamatan dan pengurusan. Walau bagaimanapun tertakluk kepada matlamat dan masa, maka kadang kala dapat diadakan sekaligus dengan cara mengatur program tamrin itu merangkumi matlamat-matlamat yang kita utarakan di atas.

Secara umumnya matlamat terakhir bagi marhalah ini ialah melahirkan individu muslim, keluarga dan masyarakat Islam.

Marhalah at-Tanfiz – Perlaksanaan

Marhalah ini mempunyai tiga makna:

1. Makna yang umum

Tanfiz dengan makna yang umum merangkumi segala usaha dan tenaga yang dicurahkan keluar dari diri sendiri demi untuk kepentingan dakwah Islamiyyah/gerakan Islam. Justeru itu, sebarang usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk memperkenalkan Islam dinamakan ‘Tanfiz’. Usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk pembentukan ke arah prinsip-prinsip Islam dan supaya berakhlak dengan akhlak Jama’ah juga merupakan sebahagian daripada marhalah tanfiz.

2. Makna yang khusus

Tanfiz dengan makna yang khusus ialah pergerakan harian yang berbentuk jihad yang dilakukan oleh anggota demi untuk melahirkan kejayaan di dalam mahalah-marhalah yang tertentu. Oleh kerana itu, marhalah ta’rif, takwim dan tanfiz dapat berjalan beriringan.

3. Makna yang lebih khusus

Tanfiz dengan makna lebih khusus ialah yang berbentuk jihad yang tidak pernah mengenal penat dan lelah setiap hari, yang mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan segala yang ada untuk menjayakan cita-cita yang lengkap dan syumul. Ia merangkumi jihad harian dan persiapan untuk menegakkan sebuah negara Islam.

Sudah menjadi sunnah Allah bahawa kerja yang dilakukan di dalam semua peringkat tersebut akan bermuwajahah. Ini adalah disebabkan bahawa kerja-kerja ini akan melahirkan anggota masyarakat yang beramal dengan tuntutan Islam yang sama sekali berbeza dengan amalann anggota masyarakat yang sedia ada. Walaupun mereka menentang, tetapi ia terus berkembang. Bagaimanapun sabarnya orang-orang Islam terhadap tindakan-tindakan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, namun demikian mereka tidak tahan sabar melihat perkembangan Islam. Di sanalah akan berlaku muwajahah.

Para pejuang Islam haruslah mengingati dan memahami bahawa perjuangan ini adalah bermuwajahah. Golongan berkuasa (pemerintah) apabila disebut pemerintah sudah pasti ia memiliki bermacam-macam kekuatan. Untuk berhadapan dengan golongan ini kita hendaklah memiliki sifat-sifat antara lain seperti berikut:

a) Tetap dan tabah

b) Berzikir kepada Allah

c) Taatkan Allah dan RasulNya

d) Tidak bertelagah sesama sendiri

e) Bersabar sehingga persiapan telah cukup dan mampu untuk bermuwajahah



Neraca Kemampuan

Berbeza pendapat di kalangan ulama’ Islam tentang neraca kemampuan. Setengah ulama’ berpendapat paabila sampai bilangan ke angka mujahid Badar. Setengah pul berpendapat – bilangan yang selari denga firman Allah, maksudnya:

“Jika terdapat dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh”. (al-Anfal:65)

Kita berpendapat apabila bilangan anggota yang layak berjihad berjumlah seperti yang tersebut di dalam firman Allah, maksudnya:

“Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah”. (al-Anfal: 66)

Usrah Dan Kepentingannya Dalam Jamaah

MUQADIMAH

Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsure-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kepentingannya tidak boleh kita nafikan.

Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan diatasi oleh kebatilan yang kemas. Justeru, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.



PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapid an kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.

Usrah mempunyai cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah yang lain diantara cirri-citi tersebut ialah:

1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan mengakibatkan kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.
2. Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut, mahupun pekerja.
3. Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4. Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’ manupun ahli.
5. Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan sempurna:

Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam.

Sejauhmana pula konsep al-ta’wun (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.

Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk amalan.

TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH

1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur Islam kepada anggota.

2. Meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan ajaran Islam secara fardiyy atau jamaie

3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah.

4. membina ‘aqliyyah jamaiyyah di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja secara jamaie dan bertindak mengikut keputusan jamaah.

5. menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan Islam seluruh dunia.

6. mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlaq.

7. memastikan bahwa yang bakal menempati saff pimpinan ialah orang-orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa yang memegang pimpinan adalah orang yang layak ditempat yang munasabah.

8. Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau musuh.

9. Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu mnghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa diserapi oleh anasir pemecah yang menggugat harakah.

CIRI-CIRI NAQIB

Secara ringkas disertakan sekali cirri-ciri naqib yang memimpin usrah:
1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama.
Naqib perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang mendalam terhadap Tasawwur Islam dan memahami Waqi’ (jamaah/ harakah) serta memahami marhalah dakwah. Setidak-tidaknya naqib biarlah dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman haraki, serta ilmu terhadap asas Islam (tasawwur Islam)

2. Iman yang mendalam
Naqib perlu menjadi contoh ikutan kepada ahli-ahli usrah. Lantaran itu ia mestilah mempunyai keimanan yang kukuh, keyakinan, tawakkal serta memelihara ibadat-ibadat fardiyy dan menjaga sunnah-sunnah Nabi saw.

3. Bersifat amanah
Naqib perlu menyedari bahawa ia memikul amanah yang tinggi iaitu membimbing ahli-ahli supaya menjadi golongan yang terpilih di samping merasakan bahawa dialah orang yang bertanggungjawab memelihara agama.

4. Keikhlasan yang tinggi.
Keikhlasan adalah perkara paling penting dalam mana-mana perkara yang hendak dilakukan. Namun perkara yang terlebih penting adalah ikhlas kepada naqib-naqib dengan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran serta sanggup berkorban. Ia perlu mengorbankan lebih masa, perasaan, masa kerja, keluarga, harta-kekayaan, dan berbagai kepentingan lain untuk cita-cita Islam.

5. Beramal dengan ilmu.
Naqib perlu beramal dengan ilmu dan dikenali sebagai orang yang beramal dengan ilmunya. Ini akan memberikan kesan yang baik ke atas anggota-anggota jamaah yang lain yang menjadi contoh yang baik.

6. Syakhsiah yang terpuji.
Naqib dikenali sebagai seorang yang memiliki akhlak dan syakhsiyah yang baik, menepati janji, jujur dan berbagai lagi akhlak yang mesti dimiliki. Ini kerana naqib adalah sebagai pembimbing, pendidik, guru dan seorang sahabat yang sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian umum.

7. Pergaulan yang baik
Hubungan naqib dengan ahli usrahnya adalah hubungan yang berterusan, dan bukan terhad hanya di dalam usrah semata-mata. Naqib mestilah pandai bergaul dengan anggot usrah yang lain serta mewujudkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anggota usrah.

MANHAJ USRAH

1. Mestilah ditegaskan bahawa islam dan ajarannya bersumber dari kitab suci al-Qur’an dan hadith Nabi saw sebagaiimana yang difahami dan diambil dari ulama’ yang muktabar.

2. Memberi penekanan terhadap tasawwur Islam dan penekanan bahawa Islam adalah satu system hidup (Nizamul hayat) atau ad-din yang sempurna.

3. Bahan-bahan usarh, hendaklah mengambil kira marhalah yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah.

4. Manhaj Usrah perlu mengandungi Tasawwur Aqidah yang kemas dan menyeluruh yang menjadi teras kepada perjuangan Islam.

5. Kandungan Usrah perlulah yan dapat memandu dan menyumbang kea rah pembentukan peribadi atau syakhsiah muslim dan pendakwah.

6. Kandungan usrah mestilah mengandungi perngatan untuk memelihara Islam sama ada secara fardiyy atau jamaie’.

7. Memberi penekanan terhadap ibadah-ibadah khusus dan amalan-amalan yang membina kerohanian seperti membanyakkan zikir, wirid mathurat, doa-doa, membaca al-Qur’an, menziarahi kubur dan sebagainya.

8. Kandungan Usrah mestilah mempunyai unsur-unsur pembentukan fikrah dakwah Harakah, dan siasah secara seimbang.

9. Menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jamaie, seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban, mematuhi arahan-arahan dan memberi wala’ dan ketaatan kepada pimpinan jamaah.

10. Menyediakan ruang-ruang buat ahli-ahli berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki kelemahan, dan kekurangan yang ada dikalangan anggota dengan cara-cara yang baik.



FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN / KEGAGALAN USRAH

FAKTOR YANG BERPUNCA DARI NAQIB:

a. Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat usrah dalam rangka Tarbiyyah.
b. Tidak memahami kandungan dan skima tarbiyyah sesuia dengan marhalah mad’u dan sasarn.
c. Kaedah penyampaian Usrah yang tidak sesuai.
d. Naqib tidak memberikan tumpuan dengan ahli-ahli usrah.
e. Tidak mengenal mad’u.
f. Para Naqib tidak ada Fikrah Dakwah dan Harakah.
g. Tidak membuat persediaan dan Kajian terhadap bahan-bahan Usrah.
h. Tidak segera menyelesaikan masalah.
i. Tidak memahami politik dan isu-isu semasa.
j. Naqib tidak mematuhi arahan jamaah.

CIRI-CIRI USRAH YANG BERJAYA

1. Majlis yang terancang dan berterusan
2. Mempunyai ketua yang bertanggungjawab.
3. Mempunyai bilangan ahli yang kecil.
4. Keahlian usrah merangkumi semua peringkat.
5. Usrah sebagai saluran melahir dan membentuk pimpinan

MUTIARA KATA ,SABDA RASULULLUH S.A.W dan FIRMAN ALLAH S.W.T



Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah lah.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan. Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya (Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha (perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkann ya)" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari lah.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan-gangguanny a" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi, Ibn Majah & Al-hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka kembalilah iman kepadanya" (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat Ahmad, Malik & An-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku" (Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu mengadap kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Firman Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta kamu, nescaya akan digantikan semula oleh Allah kepadamu" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi & Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas lah.a.)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli dan menagih hutang" (Riwayat Bukhari dari Jabir lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu menghadap Allah s.w.t. membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang, melainkan Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat itu. Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa yang telah terjadi diantara dua sembahyang itu" (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah lah.a.)

Daripada Kaab bin Iyad lah.a. katanya. Aku mendengar bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu agama, lalau disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari api neraka" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang bersendirian dua puluh tujuh darjah" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika berdiri bulu roma seorang hamba Allah, maka akan berguguran daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari pokok yang telah kering" (Riwayat Abu Syaikh & Al-Baihaqi dari Abbad bin Abdul Muttalib lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas) dalam kesakitan dan matinya ,tiadalah dia akan menderita fitnah didalam kubur, terpelihara dari tekanan kubur dan dihari kiamat kelak dia akan dipapah oleh malaikat dengan telapak tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia memasuki syurga" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam, kemudian bagaikan sedekah telur" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan semua makhluk, maka menulis tulisan yang ada diatas Arsy yang berbunyi:Rahmat- Ku mendahului murka-Ku (Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku)" (Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seandainya seorang kamu keluar membawa tali (kehutan) lalu pulang membawa seberkas kayu api lantas kayu itu dijualnya dimana dia dapat kehormatannya, maka perbuatan itu adalah lebih baik daripada dia meminta-minta, sama ada diberi ataupun tidak" (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari tiga hari tiga malam, maka siapa yang memulau lebih dari tiga hati tiga malam lalu mati akan masuk kedalam api neraka" (Riwayat Abu Daud & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa wuduk pada hal dia masih berwuduk maka dicatat untuknya sepuluh hasanat (kebajikan)" (Riwayat Abu Daud dari Ibn Umar lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya" (Riwayat Muslim & Ahmad)

Dari Abu Hurairah lah.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya... "(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir lah.a)

Dari Ummu Mukminin Aisyah lah.a. "Pilihlah tempat air mani kamu dan nikahilah orang-orang yang sepadan" (Riwayat Ibnu Majah daripada Imam Al-Hakimi)

Dari Abu Hurairah lah.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik saf bagi orang lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang. Sebaik-baik saf bagi orang perempuan ialah dibelakang dan seburuk-buruknya dihadapan" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah s.w.t. sesudah syurik daripada titisan mani yang diletakkan didalam rahim yang haram baginya" (Riwayat Ibn Abid Dunya)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya yang berzina atau minum khamar maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis (baju) dari kepalanya" (Riwayat Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Sya'aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" (Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu Al-Fawaris)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang mandi,maka adalah terlebih baik" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya" (Riwayat Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud lah.a)

Dari Anas lah.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang tidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali" (Riwayat Al-Bukhari)

"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Surah An-Nur : 26)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pedagang yang amanah, yang jujur, yang Muslim, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang yang mati syahid)" (Riwayat Al-Hakim & Ibn Majah dari Ibn Umar lah.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari ujian kubur" (Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila manusia membaca ayat Syajadah kemudian sujud, terhindarlah syaitan laknatullah seraya menangis dan berkata,'celakalah aku, disuruh manusia (anak Adam) sujud, sujudlah dia, balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud,tetapi saya enggan maka balasannya bagi saya ialah neraka" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu atau air mani kamu, kerana pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran" (Riwayat Ibn Majah dan Ad-Dailami)

"Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani kamu kerana seseorang itu boleh jadi akan lebih menyerupai keluarga pihak isteri" (Mutiara Kata)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang sedangkan tetangga disebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang berada didalam lingkup/naungan yang baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya" (Riwayat Ibn-'Adi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharam" (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai & Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya" (Riwayat Ahmad, Malik & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya kerana sangar busuk" (Riwayat Al-Bazzar)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun) dan merendah diri" (Riwayat Ad-Dailami)

Usamah bin Zaid lah.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka akan dicatat dari golongan orang munafik" (Riwayat Al-Tabrani)

Dari Abu Dzar al-Ghifari lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Wahai Abu Dzai, jika engkau hendak berpuasa tiga hari sebulan puasalah pada 13,14 dan 15"(Riwayat Ahmad & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan merka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)

Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad s.a.w tentang hari Asyura bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa satu tahun yang lalu" (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. berfirman: "Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia tetapi amal-amal soleh yang tinggal (buahnya) itu lebih baik disisi Tuhanmu tentang ganjarannya dan tentang harapannya" (Surah Kahfi:46)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang memelihara sembahyang lima waktu dengan sempurna wuduknya dan diwaktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat dan barangsiapa mensia-siakan, nescaya dikumpulkan ia (kelak dineraka) dengan Firaun dan Hamam" (Riwayat Ahmad)

Allah s.w.t. berfirman: "Dan orang-orang yang berkata'Ya Tuhan, anugerahkan lah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang bertakwa" (Surah Furqan:74)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)

Dari Ibn Umar lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ingatlah tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram" (Riwayat Ahmad & Abu Ya'la)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk merugikan seseorang dengan persaksian yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan tempatnya dalam neraka" (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah s.w.t." (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bila tertusuk seorang dengan jarum kecil atau jarum besar dari besi, maka baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ma'qil bin Yasar lah.a.)

Allah s.w.t. berfirman: "Dia bersembunyi dari manusia lantaran kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah dia akan pelihara dia dalam kehinaan ataukah dia akan sumbat dia dalam tanah? Sungguh jelek apa yang mereka hukumkan" (Surah An-Nahl:59)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah s.w.t. (pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah s.w.t.menyegerakan (bala siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia ini sebelum matinya" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang mencekik dirinya sendiri sampai mati akan mencekiknya juga didalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya dalam neraka dan orang yang melemparkan diri dari tempat tinggi untuk membunuh diri maka akan selalu dia melemparkan dirinya didalam neraka" (Riwayat Bukhari & Abu Hurairah lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Allah s.w.t.. telah berfiman "Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Ibrahim dengan (membawa) khabar gembira sambil mereka berkata: "Selamatlah" Dia menjawab: "Selamat" Surah Hus:69)

Berkata Umar Ibn Abdul Aziz bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang itu membawa kamu menempuh ketengah jalan,puasa memajukan kamu kehadapan pintu dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya."

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat" (Riwayat Al-Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya kamu sekelian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu sendiri dan nama bapa kamu,kerana itu hendaklah kamu perindahkan nama kamu" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah maka bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad fisabilillah" (Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)

Dari Abu Qatabah bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Puas pada hari Arafah itu boleh menghapuskan dosa yang dikerjakan selama dua tahun iaitu tahun yang telah lalu dan tahun yang akan datang" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Dosa yang paling besar ialah syirik, derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud Alai-His-Salam, ia berpuasa sehari dan berbuka sehari..."(riwayat Al-Tirmizi & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa matimu" (Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Setiap bayi tergadai pada akidahnya, disembelih pada hari ketujuh dan pada hari itu pula dicukurkan dia dan diberi nama" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Untuk bayi lelaki dua ekor kambing kibas dan untuk bayi perempuan seekor kambing kibas dan tidaklah merugikan kamu yang jantan atau pun yang betina" (Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan kepadaku dari perbendaharaan dibawah Arsy, amka pelajari olehmu dan ajarkan pada isteri dan anak-anakmu sebab itu sebagai solat dan basaan serta doa" (Riwayat Al-Hakim dari Abu Dzar lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu yang ada aibnya lalu tidak dijelaskan kepada pembelinya maka tetap berada dalam murka Allah s.w.t. dan selalu dikutuk oleh malaikat" (Riwayat Ibn-Majah)

Allah s.w.t. berfirman "Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan" (Surah Al-Baqarah:233)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pakailah antara pakaianmu yang putih, kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-orang mati kamu dengan kain putih" (Riwayat Ahmad)

Dari Kaab bin Iyad lah.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "SesungguhnyaAllah s.w.t. tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak dan mati" (Riwayat Al-Tirmizi dari Ibn Umar lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang berperang untuk menegakkan khalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi lillah" (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa al-Asyari lah.a.)

Allah s.w.t. telah berfirman "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana apa yang telah Allah lebihkan sebahagian mereka diatas yang lain dan kerana belanja yang telah mereka keluarkan daripada harta mereka" (Surah An-Nisa:34)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari) Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kalau tidak kerana ada wanita dan anak-anak didalam rumah sedangkan aku bersembahyang isya, nescaya aku suruh pemudaku membakar rumah-rumah (yang penghuninya tidak hadir berjemaah itu)" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah s.w.t., membunuh orang tanpa hak, membuat tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan Muslimin dalam peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang membaca seratus ayat (dari Al-Quran) pada suatu malam, maka akan dicatat pahalanya seperti pahala sembahyang semalam" (Riwayat Ahmad dari Tamim lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

Allah s.w.t. berfirman "Wahai orang-orang yang beriman!janganlah kamu mengangkat suara kamu keatas suara Nabi" (Surah Al-Hujurat:3)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang yang sombong lagi mengangkat diri" (Surah Luqman:18)

Allah s.w.t. berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram!kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kedalam syurga" (Surah Al-Fajr:27-30)

Ali bin Abu Talin k.w.j berkata Allah s.w.t. berfirman "Allah yang mengambil jiwa (manusia) ketika wafatnya dan ketika tidurnya sebelum wafat, lalu ditahan-Nya jiwa yang telah wafat, serta dilepaskan-Nya jiwa yang lain sampai kejanji yang ditentukan" (Surah Az-Zumar:42)

Nabi Muhammad s.a.w membaca firman Allah s.w.t. bermaksud: "Barangsiapa yang mempersekutu Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, ataupun dia akan menjunam dibawa angin ketempat yang paling jauh" (Surah Al-A'araf:40)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dibunuh jiwa secara aniaya,melainkan keatas anak Adam yang pertama jaminan darahnya, disebabkan dialah orang pertama yang memulakan pembunuhan itu"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila kamu bersembahyang keatas si mati, hendaklah kamu mengikhlaskan doa kepadanya" (Riwayat Abu Hurairah lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Salam sejahtera keatas kamu, wahai penghuni kubur dari kaum Mukminin dan Muslimin, dan kamu Insya-Allah akan mengikuti kamu, kami memohon keselamatan untuk kami dan kamu juga!" (Riwayat Buraidah bin Al-Khushaib)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada boleh seorang bersolat bagi pihak yang lain, dan tiada boleh seseorang berpuasa bagi pihak yang lain, akan tetapi dia hendaklah memberi makanan setiap satu mud (gantang Baghdad) dari gandum"

Allah s.w.t. berfirman "Barangsiapa yang membuat perbuatan baik sebesar atom akan dilihat-Nya, Dan barangsiapa yang membuat perbuatan jahat sebesar atom akan dilihat-Nya juga" (Surah Az-Zalzalah: 7-8)

Allah s.w.t. berfirman "Walai manusia, sesungguhnya engkau mesti bekerja keras dengan bersungguh-sungguh menuju kepada Tuhanmu yang akan engkau menemui-Nya" (Surah Al-Insyiqaq: 6)

Allah s.w.t. berfirman "Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, maka kembalilah dia kepada Allah dan Rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, kerana itulah yang lebih baik, dan lebih bagus kesudahannya" (Surah An-Nisa:59)

Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika Tuhanmu menjadi keturunan anak-anak dari punggungmu, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka, kata-Nya, Bukankah aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab: Ya! Kamu menjadi saksi" (Surah Al-Araf:172)

Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul, ciptaan Tuhan yang telah menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)

Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul, ciptaan Tuhan yang telah menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu ialah yang bermuka dua, yang datang kesini dengan satu muka dan kesana dengan satu muka lain" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang iktikaf itu bererti mengurangkan dosa-dosa dan berlaku pahala untuknya bagaikan pahala orang yang melakukan semua hasnat (kebajikan)" (Riwayat Al-Baihaqi & Ibn Majah dari Ibn Abbas lah.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Wahai manusia! Kalau kamu masih ragu tentang hari kebangkitan, maka ketahuilah bahawa Kamilah yang mencipta kamu dari tanah, kemudian dari setitik air mani" (Surah Al-Hajj:5)

Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika kamu mengatakan: Hai Musa! Kami tidak akan percaya kepada kamu sehingga kami melihat Allah secara terang-terang, lalu kerana itu kamu disambar petir, sedangkan kamu ada melihatnya" (Surah Al-Baqarah:55)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari sari ranah. Kemudian kami jadikan dari tanah itu air mani yang tersimpan didalam tempat simpanan yang teguh" (Surah Al-Mukminun: 12-13)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepada manusia suatu masa, ketika itu dia belum ada sesuatu apa pun yang dapat disebut" (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hassan bin Ali lah.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Dan Tuhan mengeluarkan kamu dari perut-perut ibu kamu, sedangkan kamu tiada mengetahui apa pun, lalu dijadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati moga-moga kamu berterima kasih" (Surah Al-Nahl:78)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa puasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya" (Riwayat Bukhari)

Allah s.w.t.. berfirman "Katakanlah, bahawa Malaikat Maut yang telah diserahi perkara kamu akan mewafatkan kamu, kemudian itu kamu akan kembali pada Tuhan kamu" (Surah As-Sajadah:11)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan keterangan Kami, dan memandang rendah terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit kepada mereka" (Surah Al-Araf:40)

Allah s.w.t. berfirman "Diatas orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang Maha Tahu" (Surah Yusuf:78)

Allah s.w.t.. berfirman "Dan diantara kamu ada yang disampaikan Allah kepada usia tua bangka, supaya dia tiada ketahui lagi sesuatu yang dahulunya dia katahui" (Surah Al-Nahl:70)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun: 11)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan dari umatku orang yang percaya nasib pada burung atau diusahakan dengan burung atau berdukun atau didukunkan atau menyihir atau disihirkan untuknya. Dan siapa yang datang kepada dukun lalu yakin kepadanya bererti telah kafir terhadap apa yang diturunkan pada Nabi Muhammad s.a.w "(Riwayat Al-Bazzar dari Imran bin Hushain)

Allah s.w.t. berfirman "Kalau tiada kerana kemurahan dan rahmat Allah kepada kamu, nescaya tiada seorang pun diantara kamu yang suci buat selama-lamanya" (Surah An-Nur:21)

Allah s.w.t. berfirman "Syaitan itu menjanjikan kemiskinan kepada kamu, dari menyuruh kamu mengerjakan perbuatan yang keji" (Surah Al-Baqarah:268)

Allah s.w.t. berfirman "Hanyasanya Allah akan menerima amalan itu daripada orang-orang yang bertakwa" (Surah Al-Maidah:27)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang paling mustajab (berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Allah s.w.t. berfirman "Jika engkau membaca Al-Quran, maka mohonlah perlindungan Allah daripada syaitan yang terkutuk" (Surah An-Nahl:98)

Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau syaitan (orang jahat) membisikkan kepada engkau sesuatu kejahatan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya dia itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah As-Sajadah:36)

Allah s.w.t. berfirman "(Mereka bersumpah):Kami hanya mengkehendaki niat baik dan taufik! Mereka itulah orang-orang yang diketahui Allah akan isi hati mereka" (Surah An-Nisa:62-63)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna keimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu musibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa pada suatu malam dia mengalami kesakitan dimana dia bersabar dan redha kepada ketentuan Allah s.w.t. maka terkeluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti keadaan dikala dia dilahirkan ibunya" (Riwayat Al-Hakim)

Allah s.w.t. berfirman "Dan katakanlah:Tuhanku! Aku berlindung diri kepada Engkau daripada bisikan syaitan. Dan aku berlindung diri kepada Engkau, Tuhanku, supaya mereka tiada mendekatiku" (Surah Al-Mukminun: 97-98)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mati tidak sempat menqadha'kan puasanya hendaklah keluarganya (walinya) menggantikan puasa tersebut" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dari Imam Ahmad bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk yang terdapat pada jiwa manusia iaitu sifat pengecut yang menanggalkan dan sifat kikir yang melampau" (Riwayat Amru bin al-Ash lah.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Dan janganlah engkau menjadikan tanganmu terbelenggu ketengkukmu, dan jangan pula bentangkannya seluas-luasnya, sehingga engkau duduk tercela dan sensara" (Surah Al-Isra:29)

Allah s.w.t. berfirman "Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya melampaui batas, dan tiada pula bersifat kikir, tetapi pertengahan antara keduanya" (Surah Al-Furwan:67)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula" (Surah Al-Maarif:19- 21)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Takutlah firasat orang Mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya daripada Allah s.w.t."

Allah s.w.t. berfirman "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan" (Surah Al-Baqarah:235)

Allah s.w.t. berfirman "Dan kenanglah kurnia kepada kamu dan ingatlah perjanjian yang telah kamu ikat dengan Dia ketika kamu mengatakan:kami dengar dan kami taat" (Surah Al-Maidah:7)

Daripada Anas lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali dan yang kekal hanya satu sahaja, iaitu keluarga dan hartanya akan pulang danyang tinggal hanyalah amalannya sahaja" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah maka dia masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-orang rumah itu" (Riwayat Ad-Dailami dari Anas lah.a.)

Dari Abu Hurairah lah.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahynng fardhu lima waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat, puasa Ramadhan ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa diantara jarak-jarak tersebut sekiranya dijauhkan daripada dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang pada petang harinya berasa letih dari amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Abbas lah.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan" (riwayat Abu Ya'la dari Anas lah.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau engkau tanya mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan, nescaya mereka akan mentakan 'Allah', jadi bagaimana pula kamu berputar dari kebenaran" (Surah Al-Ankabut:61)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, kemudian Kami bentuk rupa kamu, kemudian Kami katakan kepada Malaikat: Sujudlah kepada Adam" (Surah Al-A'raf:11)